Friday, May 18, 2012

Selamat Hari Guru 2012


Monday, April 16, 2012

PASTI Al Amin, Kijal dan PASTI Al Mahabbah, Bukit Kuang Ungguli Sukan PASTI Kemaman 2012

Kemasik, 14hb. April - PASTI Al Amin, Kijal muncul sebagai Juara Futsal manakala PASTI Al Mahabbah, Bukit Kuang menjuarai acara bola jaring di Sukan PASTI Kawasan Kemaman 2012 yang diadakan di perkarangan Surau Feri, Kemasik, pagi tadi.

Kecemerlangan dua buah PASTI ini nyata terserlah setelah PASTI Al Amin juga muncul sebagai Naib Johan bolajaring manakala PASTI Al Mahabbah sebagai Naib Johan Futsal.
 
(Gambar - aksi menarik di perlawanan futsal antara PASTI Bestari Al Hikmah, Bukit Kuang menentang PASTI Al Jihadi, Paya Berenjut).

Sebanyak 16 buah PASTI menyertai futsal dan 8 buah untuk bola jaring.

Sementara itu PASTI Bestari Al Hikmah, Bukit Kuang dan PASTI Nur Islam, Bukit Mentok menduduki tempat ke-3 dan ke-4 untuk futsal manakala PASTI Nur Islam, Bukit Mentok dan PASTI Adam, Mak Chili menduduki tempat ke-3 dan ke-4 bagi acara bola jaring.

Perasmian Sukan PASTI Kemaman 2012 telah disempurnakan oleh Ustaz Alias Abdul Hamid, Setiausaha PAS Kawasan Kemaman.

Beliau menyeru ibubapa/penjaga pelajar PASTI untuk terus memberi sokongan dan komitmen kepada PAS untuk memartabatkan Islam di tempat yang tertinggi setelah ianya gagal dilakukan oleh UMNO/BN selama 53 tahun.

Dalam ucapannya, beliau yang merupakan Pengarah PAS DUN Kemasik, menegaskan PAS dengan Dasar Islam akan menambahkan lagi pusat pengajian dan institusi yang berorientasikan Islam agar dapat melahirkan lebih ramai intelektual dan cendiakawan Islam bukannya yang berfikiran sekular sepertimana sekarang.

'Kerajaan UMNO/BN memang tiada hasrat untuk mengukuhkan kefahaman Islam kepada anak bangsa sebab itu kita lihat di Kemaman ini sejak dulu lagi hanya ada sebuah sahaja sekolah berorientasikan Islam iaitu Sekolah Menengah Al Falah manakala sekolah kebangsaan tumbuh bagai cendawan dan berlipat kali ganda kuantitinya', ulasnya lagi.

Majlis penyampaian hadiah kepada pasukan yang menjuarai dan menyertai pertandingan telah disempurnakan oleh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK) dan Saiful Azmi Suhaili, Bendahari DPPKK.

Kemenangan PASTI Al Amin dan PASTI Al Mahabbah melayakkan keduanya mewakili PASTI Kemaman ke Karnival Sukan PASTI Negeri Terengganu yang akan diadakan pada 5hb. Mei ini di Kuala Nerus.

Jabatan PASTI Kawasan Kemaman mengucapkan tahniah kepada semua PASTI yang telah menghantar pasukan masing - masing dan berharap PASTI Kawasan Kemaman dapat mempertahankan gelaran Juara Futsal yang dimenangi pada 2011 di Setiu pada tahun lepas.

Kedua buah pasukan futsal bergambar sebelum perlawanan bermula.
Pasukan PASTI Ar Rahman, Kerteh, jersey merah. sedang menentang PASTI Al Qamariah, Binjai.
Pemain dari PASTI Bestari Al Hikmah (depan) tidak sabar untuk memulakan perlawanan...
Sokongan moral dari ibubapa/penjaga juga memainkan peranan penting menentukan prestasi pemain.
Kekuatan fizikal pemain juga salah satu faktor menetukan kemenangan pasukan....
Panas terik sinaran matahari tidak mematah semangat pemain bola jaring PASTI.
Sedang mengarahkan posisi terbaik kepada rakan sepasukan....
Cubaan membetes pemain pasukan lawan dari belakang...
Sokongan dari seisi keluarga terdiri dari ibu, abang, kakak dan adik...
Skil individu yang dapat ditunjukkan oleh pemain PASTI Bestari Al Hikmah.
Pemain bola jaring siap sedia untuk memulakan perlawanan.
Kata semangat dari ibubapa/penjaga kepada pemain.
PASTI Bestari Al Hikmah (biru) dan PASTI Nur Islam, Bukit Mentok (kuning) di perlawanan penentuan tempat ke3/4.
PASTI Al Amin, Kijal menentang PASTI Al Mahabbah, Bukit Kuang untuk Johan/Naib Johan.


Saturday, April 14, 2012

Kejohanan Mini Futsal & Bola Jaring PASTI Kawasan Kemaman 2012

Kemaman 14 Apr : Sukan tahunan PASTI Kawasan Kemaman telah berjaya diadakan di perkarangan Surau Feri, Kemasik.


Program bermula jam 9.00 pagi dengan perbarisan peserta dari PASTI-PASTI qaryah disusuli lafaz ikrar PASTI.


Majlis dirasmikan pengarah Majlis Tindakan Dun Kijal, Ustaz Alias Abd Hamid merangkap Setiausaha PAS Kemaman.Menurut pengarah program, Abdul Rolit  kejohanan ini merupakan sesuatu yang mesti dilaksanakan secara kerap kerana ia dapat memupuk semangat persaingan disamping dapat memugarkan aktiviti-aktiviti yang menyihatkan badan.



Kejohanan tahun ini disertai oleh 16 pasukan bola sepak dan 8 pasukan bola jaring dari 23 qaryah terdiri dari PASTI Adam Mak Chili, PASTI Al-Mahabbah Bukit Kuang, PASTi Nur Islam Bukit Mentok, PASTI Darul Yakin Batu 4, PASTI Nurul Ehsan Pasir Minal, dan PASTI Al-Jihadi Paya Berenjut.


Turut serta ialah PASTI Bestari Al-Hikmah, PASTI Al-Qamariah Binjai, PASTI Al-Falah Kg Jaya, PASTI Al-Amin Kijal, PASTI Syawal Cheneh, PASTI Permai Jaya, PASTI Nur Nabila Teluk Kalong, PASTI Ammar Chabang,PASTI Ar-Rahman dan PASTI Abrar, masing-masing di Kerteh.
 


Turut hadir ialah Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, Penyelaras PASTI Kawasan Kemaman merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman.

Tuesday, December 28, 2010

Jawatan Kosong - Guru PASTI sekitar Kemaman

Beberapa PASTI qaryah di daerah Kemaman memerlukan individu-individu yang berminat untuk mengisi kekosongan sebagai tenaga pengajar PASTI dalam daerah ini.



Waktu pembelajaran adalah bermula dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari


Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:-


  • Minimum SPM atau setaraf (pemegang shahadah 4 Thanawi @ lepasan pondok diutamakan)
  • Berdisiplin
  • Menutup aurat


Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi :-

  • Pengerusi PASTI Kemaman - 019 9115792
  • Tim Pengerusi PASTI Kemaman (Hal Ehwal Guru) - 013 9233664

Saturday, December 18, 2010

Perasmian Seminar Pengurusan PASTI Kemaman 2010 dan Pelancaran Web Rasmi PASTI Kemaman



KEMAMAN 18 Dis : PASTI Kawasan Kemaman terus melangkah ke depan dalam dalam mendepani cabaran semasa apabila telah berjaya menganjurkan Seminar Pengurusan PASTI Kemaman 2010 di Dewan As-Syafie, Pusat Pengajian Taman Islam, Kemaman.

Sebagai ganti program Taklimat Tahunan PASTI yang diadakan menjelang sesi baru persekolahan saban tahun, Sasaran program ini adalah pihak jawatankuasa pengurusan qaryah dan guru-guru PASTI seluruh Kawasan Kemaman.

Seminar yang bertemakan “Menuju PASTI Cemerlang“ ini dirasmikan oleh YDP PAS Kawasan Kemaman, Tuan Haji Ismail Harun.
 
Pengarah program, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim dalam ucapan aluan menekankan 4 elemen penting seminar tersebut diadakan. Bermula dengan amanat YDP PAS Kemaman mengenai PRU 13 akan datang, diikuti pembentangan dari tokoh lama PASTI berkenaan pengurusan, seterusnya perkongsian dari PASTI-PASTI terpilih, akhirnya berkaitan maklumat-maklumat terkini mengenai PASTI .

Beliau juga selaku Pengerusi PASTI Kemaman mengucapkan terima kasih atas sokongan semua termasuk YDP PAS Kemaman dan guru-guru yang baru pulang dari kursus selama beberapa hari.

Tuan Hj Ismail Harun pula memulakan ucapan beliau dengan menyingkap kembali sejarah awal penubuhan PASTI Kemaman pertengahan tahun 80 an ketika beliau masih lagi berada dalam saf Dewan Pemuda PAS Kemaman.

Menurutnya lagi, dua perkara penting perlu diambil perhatian oleh pihak pengurusan PASTI Kawasan ialah mempunyai Pejabat khas untuk operasi dan hubungan dengan alumni PASTI. 

Pejabat Operasi adalah satu keperluan sebagai syiar PASTI itu sendiri sebagai tanda pihak pengurusan mempunyai system yang efisyen. Hubungan dengan alumni PASTI pula perlu untuk memastikan kesinambungan perjuangan dan benih islam yang ditanam akan membuahkan hasil.

 Majlis perasmian seminar diakhiri dengan pelancaran web rasmi PASTI Kemaman oleh YDP PAS Kemaman.

Sunday, November 14, 2010

Ihtifal PASTI melabuh tirai

Kemaman, 13hb. November : Hari Ihtifal 2010 Pusat Asuhan Tunas - Tunas Islam (PASTI) Adam, Qaryah Mak Chili,Kemaman berjaya diadakan dalam suasana ceria.

Majlis perasmian Ihtifal Gabungan PASTI Adam dan KAFA Adam disempurnakan oleh Ybhg Tuan Haji Aron Ibrahim, selaku Timbalan Pengarah III PASTI Negeri Terengganu.

Turut hadir ialah Sdr Ridzuan Mohamad, Timbalan Penyelaras Jabatan PASTI Kawasan Kemaman merangkap Pengerusi Kebajikan Guru-Guru PASTI.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang didendangkan oleh Sdr Mod Ansari Abd Aziz. Beliau merupakan bekas pelajar PASTI Adam pada tahun 1997.

Sdr Azman Zawawi selaku Pengurus PASTI Adam dalam ucapan aluannya mengucapkan penghargaan kepada pihak urusetia majlis, guru - guru, pembantu - pembantu serta ibubapa/penjaga yang mengembeling tenaga dan memberi sokongan dalam menganjurkan acara tahunan ini.

Menurutnya lagi, PASTI Adam yang merupakan antara PASTI terawal di Daerah Kemaman ditubuhkan pada tahun 1985, di Surau Hj Mat Zain. Bermula dengan hanya 2 kelas pada tahun tersebut, Alhamdulillah dengan berkat kesabaran dan kesungguhan semua pihak, PASTI Adam terus mendapat sambutan dari masyarakat sehingga mempunyai 14 kelas pada waktu ini dan merupakan PASTI yang mempunyai pelajar paling ramai seluruh negara.

Penasihat PASTI Adam, Cikgu Abd Razak Ibrahim pula dalam ucapan beliau menjelaskan sistem pendidikan PASTI sentiasa menitikberatkan mutu pengajian. Oleh itu, kursus-kursus untuk guru-guru sentiasa diadakan.

Bagi matapelajaran Al-Quran, sebagai tambahan kepada silibus yang ada, pihak pengurusan PASTI Adam akan memperkenalkan Teknik Al-Baghdadi bermula tahun hadapan. Para hadirin juga dimaklumkan pada tahun ini PASTI Adam telah menjadi johan dalam pertandingan 3K iaitu Keceriaan, Kebersihan, dan Keselamatan peringkat Negeri Terengganu, sekaligus dipilih menjadi calon ke peringkat pusat bagi mewakili Negerei Terengganu.
Tuan Hj Arun Ibrahim dalam ucapan perasmian mengucapkan tahniah dan penghargaan terutama kepada guru-guru yang banyak berkorban dalam mendidik anak-anak untuk menjadi manusia yang berjaya. Bukan sahaja untuk kejayaan dunia, tetapi yang lebih lebih penting adalah kejayaan di akhirat.

Ujarnya lagi, pengorbanan ibubapa/penjaga memberi pendidikan dengan menghantar anak mereka ke tempat pembelajaran yang berteraskan Islam pasti akan membuahkan hasil yang lumayan untuk masa depan anak tersebut.
Beliau juga memberi tips untuk berjaya iaitu DUIT. Singkatan kepada Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakkal.

Majlis Ihtifal PASTI Adam diteruskan dengan persembahan anak-anak, dan diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun yang baru sahaja selesai.

Tuesday, October 12, 2010

Pelajar PASTI meriahkan Sambutan Jubli Emas Pas Kemaman



Pekan Kemasik - 10 Oktober - Sambutan Jubli Emas PAS Kawasan Kemaman dimeriahkan lagi dengan kehadiran pelajar-pelajar PASTI seluruh Kemaman.Pelbagai acara diatur oleh penganjur untuk Pelajar PASTI.Turut menjayakan program tersebut ialah guru-guru PASTI,AJK Qaryah dan ibu-bapa pelajar yang datang memberikan sokongan padu.

PASTI merupakan institusi pra-sekolah yang ditaja oleh PAS dan bernaung dibawah Dewan Pemuda PAS.Ketua Jabatan PASTI Kemaman Ustaz Hisyamudin Abd Karim ketika dihubungi menyatakan rasa syukur beliau dengan penglibatan PASTI dalam Sambutan Jubli Emas kali ini sambil mengharapkan sokongan dan komitmen padu semua pihak agar PASTI terus dekat dihati masyarakat.

Kehadiran Ibu-Bapa pelajar yang ramai membuktikan sokongan masyarakat kepada perjuangan Islam semakin meningkat dan InsyaAllah akan dikurniakan kejayaan untuk kembali memimpin Terengganu dalam pilihanraya akan datang.








 

Pusat Asuhan Tunas Islam Kemaman Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template